10 Februari 2015 - 04:56
Alangkah baiknya ISIS bunuh semua Syiah

Pembunuhan Syiah merupakan jalan terbaik untuk mencegah pertumpahan darah umat Islam menurut pakar Perisikan CIA.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pakar perisikan CIA, Michael Scheuer berkata, "Alangkah baiknya jikalau gerombolan ISIS mara ke Baghdad dan membunuh seluruh golongan Syiah."

Scheuer berkata demikian dalam salah satu siaran langsung saluran 4 Amerika dalam mengulas jalan terbaik untuk membendung umat Islam dari membunuh antara satu sama lain.

Scheuer menjelaskan tindakan pakatan yang dikepalai Amerika dalam operasi menggempur kubu-kubu ISIS tidak akan membuahkan hasil dan apa sahaja tindakan yang dilakukannya adalah sia-sia.

Tegasnya lagi, "Kita perlu menumpahkan darah sesama umat Islam dan cara terbaik ialah membuatkan ISIS mara ke arah Baghdaad."

Michael Scheuer sebelum ini telah berkhidmat dengan organisasi CIA dari tahun 1982 sehingga 2004.